SANTAI AJA: Rambut Dan Bentuk Muka

Monday, February 4, 2013

Rambut Dan Bentuk Muka

Empat segi (petak )

  • Bentuk wajah ini paling lazim dalam kalangan lelaki dan ia adalah wajah paling versatil selepas bujur. Jika anda memiliki wajahini, anda boleh di anggap bertuah kerana berwajah maskulin dan agak versatil.
  • Anda sesuai mengayakan hampir apa saja gaya rambut termasuk keriting. Anda boleh membuat rambut 'spikey' (cacak). 'flat' dengan gaya 'messy'. seeloknya, lakuka potongan 'clean cut' pada sekitar telinga. selagi mana ia tidak menyembunyikan kejantanan wajah anda, anda di galakkan mengayakannya. elakkan rambut melepasi dagu. 
  • contoh selebriti : david beckham, nick lachey,enrique iglesias, dan matt damon

Bujur

  • Bentuk wajah seperti telur ini agak feminin, tetapi bertuah kerana boleh disesuaikan dengan apa saja gaya rambut. Anda sesuai untuk berambut pendek atau panjang. ini kerana anda mempunyai garis rambut pada dahi yang versatil.
  • potongan rambt bertindak serba sedikit menyuntik ciri maskulin.
  • contoh selebriti : kid rock

bulat

  • muka bulat sering di lambangan sebagai muka penuh dengan garis dahi dan garis dagu yang bulat serta nampak ketara pipi. anda perlu memilih potongan rambut yang dapat mengurangkan 'kelembutan' pada garis rahang anda.
  • menipiskan bahagian tepi dan belakang nampak lebih baik. elakkan memilih potongan rambut yang membuat wajah anda lebih bulat seperti keriting atau bob. elakkan juga potongan rambut yang menutup dahi.
  • contoh selebriti : alec baldwin dan david boreanaz.

tiga segi

  • wajah ini amat tirus di dagu, tetapi dengan kombinasi wajah berbentuk petak. agak sukar untuk memilih gaya rambut kerana gaya rambut yang dipilih perlulah tidak memperlihatkan dagu lebih tirus.
  • sebaiknya ikut seperti justin timberlake yang memotong rambut serapatnya dengan kepala serta berdekatan pelipis,tetapi rambut di bahagian belakang biarkan panjang dan lebat.
  • contoh selebriti : justin timberlake

berlian

  • wajah ini mempunyai bahagian yang paling luas di tulang pipi, tetapi menirus di dahi dan rahang, jadi anda seharusnya memilih potongan rambut yang dapat memberikan ilusi lebar.
  • anda sesuai  berambut panjang dan sebenarnya sesuai bermisai atau janggut untuk menyeimbangkan bahagian wajah anda yang tirus. potongan menutup dahi juga membantu. elakkan potongan yang menambahkan ketinggian rambut seperti 'spikey' atau terlalu pendek seperti potongan 'buzz'
  • contoh selebriti : dave navarro

pir

  • wajah ini menirus di bahagian atas, tetapi melebar di bahagian bawah. rahang dan dagu kelihatan lebih bersifat membulat. wajah sebegini patut diseimbangkan dengan gaya rambut lebat di bahagian atas kepala dan sekitar pelipis.
  • contoh selebriti : stevie wonder

lonjong (empat segi panjang )

  • wajah ini mempunyai dahi yang lebih tinggi dan dagu yang panjang. wajah jenis ini juga tidak mempunyai banyak masalah. anda boleh berambut panjang dengan potongan bertingkat atau potongan amat pendek 'buzz' seperti Wenworth miller. potongan menutup dahi yang 'messy' juga kelihatan baik untuk anda. cuma, digalakkan anda tidak menambah panjang di bahagian atas rambut. jika anda tambah, wajah anda akan kelihatan lebih panjang.
  • contoh selebriti : ben affleck
sumber....

Facebook Comment Source : santai aja