assalamualaikum.. ^^ lazimnya bagi seorang ketua untuk menyepikan dirinya seketika di kala membicarakan soal wang. gunakan panduan berikut untuk memastikan kamu tidak merosakkan saat rundinganpenting ini.
INTERPRESTASI CARA BERBEZA : kamu akan berasa gusar andai menganggap dia berdiam diri kerana marah, namun jika kamu mengingatkan diri bahawa dia sedang menimbangkan pilihan yang ada, kamu pasti akan lebih bersabar.
MENETAPKAN GAYA DUDUK : kempiskan perut, tegakkan bahu, dan letakkan tangan di atas peha. gaya ini melambangkan keyakinan.
MENJAGA PERGERAKAN LUAR KAWAL : perhatikan pergerakan luar kawal kamu apabila resah - menghentakkan kaki di lantai atau bermain dengan hujung lengan baju. ketua akan mencari tanda-tanda yang kamu akan bersedia mengalah.
MENGEKALKAN SIKAP MENGHARAP : jelaskan keputusan di tangan mereka dengan kata-kata lembut, pandangan "neutral" dan kening sedikit terangkat.
PASTIKAN TERUS BERSEMANGAT : mencabar ketua mungkin agak berisiko, tetapi ia baik untuk kerjaya. ramai pengurus melihatnya sebagai ciri-ciri kepimpinan.
Facebook Comment Source : santai aja