SANTAI AJA

Saturday, April 28, 2012

thanks kat korang semua....


assalamualaikum.... ^^v syukur alhamdulillah... dulu sy bermula dengan 0... x taw pa2 ngan blog.... skank sy dah ada 110 follower ^^ thanks kat korang yg sudi follow blog sy yg x seberapa nie... ^^v n total page view bru 10k... ^^ ok lah kn tuk beginner mcm sy... buat msa skank maybe sy bz skit nak update blog... xda msa.. nie pun sy cri msa kosong yg ada tuk ucapkan terima ksh kat korang semua... ^^

terima ksh yg x terhingga dari saya wanz harry ^^v <3 <3 <3 <3 <3 <3

Facebook Comment Source : santai aja

Friday, April 6, 2012

perkara-perkara yang tidak disenangi dalam perhubungan



LELAKI

♦ berbohong.
♦ tidak mementingkan kebersihan.
♦ takut untuk melahirkan rasa kasih dan sayang.
♦ berfikiran sempit.
♦ kurang bijak
♦ lebih mementingkan perkara lain daripada si dia.
♦ tidak boleh di percayai.
♦ tidak ada persamaan dalam perhubungan.
♦ tidak pandai menguruskan rumah tangga.
♦ pemalas.

PEREMPUAN ♣

pengotor.
suka berbohong.
suka membangkitkan rasa marah tanpa sebab.
prejudis.
tidak bijak.
tidak pandai untuk berkomunikasi.
membosankan.
berfikiran sempit.
tidak mempunyai impian hidup.
tidak romantik.

Facebook Comment Source : santai aja

5 tip terus bersemangat




korang pasti mahu hidup terus ceria dan bersemangat!! namun bagaimana caranya.. mari saya kongsi 5 tip terus bersemangat...

1. carilah kawan sebanyak yang mungkin kerana lebih ramai kawan yang korang ada akan lebih ramai yang berpontensi menceriakan hidup korang...

2. isi masa lapang dendan perkara-perkara yang korang suka dan jangan sia-siakan setiap saat yang kamu ada...

3. selalu membantu orang yang di dalam kesusahan kerana kegembiraan yang di perolehi oleh orang yang di bantu akan dapat korang rasai sama...

4. sentiasa hargai diri korang dan untuk itu korang harus sentiasa pastikan korang sentiasa memilih yang terbaik untuk diri...

5. jangan takut untuk menggunakan segala potensi yang ada pada diri dan kejayaan demi kejayaan akan buat kamu rasa hidup ini amat bermakna...

Facebook Comment Source : santai aja

Sunday, March 18, 2012

apa yang perempuan tidak suka & apa lelaki jawab


pasti korang pernah gaduh dengan pasangan kan?? perkara biasa lah dalam perhubungan... sekurang-kurangnya salah seorang kenalah mengalah.. supaya keadaan tak menjadi lebih teruk... ^^v saya nak cete perkara yang sering menjadi punca pergaduhan korang berdua... apa yang perempuan tidak suka dan apa lelaki jawab...

1. meninggikan suara
perempuan : hah, ini tabiat biasa orang lelaki. tahulah suara mereka macho. tapi,tidak perlulah meninggikan suara depan perempuan. belajarlah untuk cakap elok-elok. walaupaun sedang marah. sering sahaja hati terguris akibat malu ditengking oleh lelaki.
lelaki : kalau tinggikan suara dikatakab tidak hormat perempuan dan ego. kalau rendahkan suara dan cakap pelahan dikatakan macam cakap dalam kelambu. kalau suara halus suara dikatakan pondan. macam mana nie, baik aku diam saja!!

2. curang!!!
perempuan : bab main kayu tiga nie adalah masalah yang paling besar. walaupun dah ada kekasih. mereka sukar untuk setia. apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. grrr.... siapa yang tak marah kalau bf sendri curang.
lelaki : tak boleh salahkan orang lelaki juga,yang mengoda lelaki bukankah perempuan juga??? kenapa dah tahu lelaki tu ada kekasih pun ada orang perempuan sanggup goda lelaki?? nak salah lelaki juga ker??

3. mementingkan diri sendiri
perempuan : susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan kekasihnya. mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasihnya mulalah rasa diri ini tidak dihargai.
lelaki : orang perempuan hanya tahu orang jaga perasaan mereka. bagaimana pula dengan perasaan kami? tidak pernahkah mereka terfikir untuk memahami lelaki.

4. kurang beri perhatian
perempuan : lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa. kalau bab kereta, seni dan muzik pantas pula di laksanakannya. jika berkaitan gf,alamatnya mereka kurang mengambil perhatian. kaum wanita bukan minta di berikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan di manjakan.
lelaki : tak bagi perhatian pun salah, kalau di berikan perhatian yang penuh di katakan mengongkong!! macam-macam lah orang perempuan nie....

5. cemburu buta
perempuan orang kata cemburu tandanya sayang. tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu. tentu sering timbul perselisihan. agaknya lelaki yang kuat cemburu nie takut kekasihnya disambar lelaki lain. harus di ingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. jangan cemburu buta sudahlah, malas juga nak layan kadang-kadang.
lelaki : bila lelaki cemburu dikatakan cemburu buta. kalau buat tak kisah, di katakan tak ambil perhatian. tolong kami tersepit di tengah-tengah.

6. panas baran
perempuan : rata-rata kaum perempuan tidak suka pasangannya panas baran. silap-silap, ada tangan yang naik ke pipi. ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? cubalah kawal sikap baran itu.
lelaki : bila kami bagi nasihat elok-elok.tak mahu dengar. bila kami tengking,cakap kami panas baran. hello, bukan semuanya naik tangan ok. kami masih tahu adab dan sopan. kalau dah tak tahan, banyak lagi pilihan lain kan!!

Facebook Comment Source : santai aja

tip cinta terus mekar


1. sentiasa beri kejutan dan sentiasa beri kelainan.

2. memahami antara satu sama lain.

3. menghormati hak privasi pasangan.

4. menghargai pasangan

5. beri kebebasan kepada pasangan untuk buat pilihan dan tentukan hidupnya sendiri.

6. anggap pasangan seperti sahabat.

7. sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.

8. jujur dan setia.

9. membantu pasangan dalam kesusahan.

10. sentiasa luangkan masa dengan pasangan.


Facebook Comment Source : santai aja