SANTAI AJA: apa yang perempuan tidak suka & apa lelaki jawab

Sunday, March 18, 2012

apa yang perempuan tidak suka & apa lelaki jawab


pasti korang pernah gaduh dengan pasangan kan?? perkara biasa lah dalam perhubungan... sekurang-kurangnya salah seorang kenalah mengalah.. supaya keadaan tak menjadi lebih teruk... ^^v saya nak cete perkara yang sering menjadi punca pergaduhan korang berdua... apa yang perempuan tidak suka dan apa lelaki jawab...

1. meninggikan suara
perempuan : hah, ini tabiat biasa orang lelaki. tahulah suara mereka macho. tapi,tidak perlulah meninggikan suara depan perempuan. belajarlah untuk cakap elok-elok. walaupaun sedang marah. sering sahaja hati terguris akibat malu ditengking oleh lelaki.
lelaki : kalau tinggikan suara dikatakab tidak hormat perempuan dan ego. kalau rendahkan suara dan cakap pelahan dikatakan macam cakap dalam kelambu. kalau suara halus suara dikatakan pondan. macam mana nie, baik aku diam saja!!

2. curang!!!
perempuan : bab main kayu tiga nie adalah masalah yang paling besar. walaupun dah ada kekasih. mereka sukar untuk setia. apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. grrr.... siapa yang tak marah kalau bf sendri curang.
lelaki : tak boleh salahkan orang lelaki juga,yang mengoda lelaki bukankah perempuan juga??? kenapa dah tahu lelaki tu ada kekasih pun ada orang perempuan sanggup goda lelaki?? nak salah lelaki juga ker??

3. mementingkan diri sendiri
perempuan : susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan kekasihnya. mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasihnya mulalah rasa diri ini tidak dihargai.
lelaki : orang perempuan hanya tahu orang jaga perasaan mereka. bagaimana pula dengan perasaan kami? tidak pernahkah mereka terfikir untuk memahami lelaki.

4. kurang beri perhatian
perempuan : lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa. kalau bab kereta, seni dan muzik pantas pula di laksanakannya. jika berkaitan gf,alamatnya mereka kurang mengambil perhatian. kaum wanita bukan minta di berikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan di manjakan.
lelaki : tak bagi perhatian pun salah, kalau di berikan perhatian yang penuh di katakan mengongkong!! macam-macam lah orang perempuan nie....

5. cemburu buta
perempuan orang kata cemburu tandanya sayang. tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu. tentu sering timbul perselisihan. agaknya lelaki yang kuat cemburu nie takut kekasihnya disambar lelaki lain. harus di ingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. jangan cemburu buta sudahlah, malas juga nak layan kadang-kadang.
lelaki : bila lelaki cemburu dikatakan cemburu buta. kalau buat tak kisah, di katakan tak ambil perhatian. tolong kami tersepit di tengah-tengah.

6. panas baran
perempuan : rata-rata kaum perempuan tidak suka pasangannya panas baran. silap-silap, ada tangan yang naik ke pipi. ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? cubalah kawal sikap baran itu.
lelaki : bila kami bagi nasihat elok-elok.tak mahu dengar. bila kami tengking,cakap kami panas baran. hello, bukan semuanya naik tangan ok. kami masih tahu adab dan sopan. kalau dah tak tahan, banyak lagi pilihan lain kan!!

Facebook Comment Source : santai aja